SAMBIL FIKIR ZIKIR...
SAMBIL ZIKIR FIKIR...
Hadaplah Wajah Ke Mana-Mana pun,Di Situ pasti bukti Adanya Allah s.w.t...
SAMBIL ZIKIR FIKIR...
Hadaplah Wajah Ke Mana-Mana pun,Di Situ pasti bukti Adanya Allah s.w.t...
Bersangka baik..Lebih Baik..
Peringatan untuk diri sendiri, seringkali kita berprasangka, sama ada baik atau buruk pada seseorang. Namun jauh sekali untuk kita menyelami hati budi seseorang tanpa mengetahui latar sejarah kehidupannya. Biasanya prasangka kita hanyalah pada apa yang zahir dan daripada apa yang kita dengar sahaja. Walau apapun jalan yang paling selamat ialah kita membetulkan prasangka kita terhadap Allah s.w. Bersangka baik kepada Allah adalah lebih baik daripada segalanya. Usah kita hiraukan sekelumit ragam permainan manusia, kerana tanpa ragam, hidup ini tak akan dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana intan.
Jangan gembira bila lihat orang lain jatuh, Dalam kehidupan, ada masa di atas dan ada masa di bawah. Ketika melihat kawan-kawan kita jatuh, jangan pula kita ketawa gembira, ambillah ia sebagai iktibar dan pengajaran. Biasanya hasil yang kita dapat setimpal dengan kerja yang kita buat. Sibukkanlah diri untuk membantu diri.
-Dehey-


0 comments:
Post a Comment